Karpal dah mula nampak petanda PR akan tumbang di #PRU13
GEORGE TOWN: Bimbang akan kesan besar ke atas kemenangan pakatan pembangkang, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mahu sekutunya mengelak daripada bertanding sesama sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Beliau berkata Pakatan Rakyat pelu memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan masing-masing.
"Perlu ada tolak ansur, mesti ada kompromi. Tidak semua akan berpuas hati tapi matlamatnya (kita) mesti memuaskan seramai mungkin. Pertandingan tiga penjuru boleh memberi kesan besar ke atas PR," katanya pada sidang media di sini hari ini.
DAP Kedah dilaporkan akan bersendirian pada pilihan raya umum kali ini jika permintaannya untuk bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kerusi negeri
(DUN) tidak dipenuhi oleh Pakatan Rakyat.
Beberapa kawasan di Kedah seperti Parlimen Alor Setar dan Padang Serai dan DUN Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas serta DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang, dikenal pasti bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Pada Pilihan Raya Umumu ke-13 (PRU13) kali ini, penganalisis politik menjangkakan banyak kerusi akan warnai dengan pertandingan tiga penjuru apabila parti komponen pembangkan masing-masing mahu meletakkan calon.
Bercakap kepada Antarapos, Profesor Ahmad Martadha Mohamed berkata hubungan antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang masih rapuh selain gagal memperlihatkan kematangan dalam meletakkan calon.
Beliau menjelaskan bahawa kemelut berkenaan semakin rumit di saat-saat akhir ekoran wujudnya kekecewaan di peringkat akar umbi tentang calon yang diumumkan kepimpinan parti tidak menepati citarasa mereka.
"Jadi sebab itulah senario ini kita jangkakan sebelum ini kerana komponen Pakatan itu sendiri pun masih rapuh ikatan mereka kerana persetujuan terutama meletakkan calon ini bukanlan perkara yang mudah.
"Kerapuhan ikatan di antara parti komponen itu menyebabkan timbul masalah sebegini yang mungkin saya pasti juga akan mengurangkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kali ini," katanya
No comments:
Post a Comment