Calon BN di PRU13 adalah barisan terbaik untuk tubuh kerajaan baru - Najib
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 33 peratus calon Parlimen dan 49 peratus calon dewan undangan negeri (DUN) BN terdiri daripada muka baru.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata, calon berkenaan dikenali sebagai Pasukan Transformasi BN.
"Senarai calon ini merupakan barisan BN yang terbaik kita sediakan. Ia proses yang panjang meliputi banyak rundingan dengan presiden komponen BN dan pengerusi BN negeri," kata beliau pada Majlis Penyerahan Watikah Senarai Calon BN di sini hari ini.
Menurutnya, senarai calon mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam senarai calon BN.
"Seramai 33 peratus muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini bagi memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi yang mahu melihat perubahan dalam BN.
"Kita juga ambil kira perlu membariskan wakil rakyat sedia ada yang ada pengalaman sama ada dalam kerajaan. Ada pengalaman amat penting bukan sahaha perlu tampil pembaharuan tetapi sebagai parti dapat mandat bagi menubuh kerajaan yang boleh memberi khidmat kepada rakyat.
"Kalau semua muka baru tidak ada pengalaman ini tidak akan membantu kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti." katanya.
Beliau berkata: "Pemilihan calon BN itu mengambil kira bagi menubuhkan kerajaan yang kuat dan mampu memenuhi jangkaan rakyat pada masa depan yang mampu merealisasikan manifesto BN.
"Pada mereka terpillih harap dapat melakukan yang terbaik untuk parti. Pada mereka yang tidak terpilih bukan bererti mereka gagal. Tapi dalam keadaan pengundi menuntut perubahan, mereka perlu bagi laluan."
"Terima kasih pada semua wakil rakyat, sekirannya mereka tak bertanding bukan satu penafian pada khidmat mereka dan akan terus menyokong parti pada PRU," kata Najib.
Najib juga berkata, senarai calon berkenaan dilakukan secara inklusif dengan calon kerusi Parlimen 91 peratus daripada mereka mempunyai kelayakan diploma dan ke atas.
"Dari segi penyertaan ada pelbagai profesional meliputi 31 peratus. Calon terdiri daripada profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, ada doktor, ulama dan sebagainya."
"Ada mereka yang popular di peringkat akar umbi. Ini adalah senarai terakhir," tegas beliau.
Senarai calon juga terdiri daripada wakil yang seimbang antara lelaki dan wanita, tambahnya.
"Umumnya saya yakin barisan BN yang terkuat yang mampu kita tampilkan membantu kerajaan menjayakan manifesto dan transformasi nasional," katanya lagi.
Nama calon bagi kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan esok.
No comments:
Post a Comment