AHLI DAP BANTAH CALON DIPILIH GUAN ENG DI DUN PULAU TIKUS




GEORGE TOWN – Kira-kira 50 penyokong DAP mengadakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mereka sifatkan bertindak kejam terhadap wakil rakyat kawasan itu, Koay Teng Hai.

Ia berikutan keputusan Guan Eng yang tidak mencalonkan semula Teng Hai bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Wakil kumpulan itu, Catherine Kong, 70, berkata, pengundi di kawasan itu kecewa apabila dimaklumkan sendiri oleh Teng Hai tentang keputusan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kami boleh terima kalau Teng Hai digantung daripada parti tetapi tidak mencalonkannya semula adalah tidak patut.

“Keputusan ini menunjukkan Guan Eng tidak layak dihormati,” katanya selepas bantahan di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Katanya, sebagai tanda protes, dia akan berkempen supaya penduduk Pulau Tikus tidak menyokong calon selain Teng Hai.

“Kenapa Teng Hai dilayan sebegini. Inikah balasan DAP kepada calon harapan rakyat,” tegasnya.
Khoo Jin Liat, 80, pula berkata, dia menganggap keputusan Guan Eng itu sebagai bodoh.
Disebabkan rasa kecewa, katanya, dia akan meminta keluarganya tidak mengundi DAP pada PRU-

No comments:

Post a Comment