Tian Chua tak ada hati perut , hina pengorbanan wira negara - Hishamuddin




KOTA KINABALU 10 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dikecam kerana sanggup menggunakan kesengsaraan dan kesedihan orang lain demi meraih publisiti murahan serta kepentingan politik peribadi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkannya sebagai telah hilang nilai kemanusiaan dan tidak mempunyai 'hati perut' kerana mengetepikan perasaan sedih keluarga perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.




"Saya nak tanya Tian Chua, apakah kesedihan keluarga anggota yang terkorban sandiwara? Apakah gambar puluhan musuh bergelimpangan mati di tengah hutan juga sandiwara? Sakitnya hati kita lihat kesedihan anak isteri kehilangan bapa dan suami di medan pertempuran, apakah itu pun sandiwara?

"Tindakan ini memberi kesedaran kepada kita, nak berpolitik pun ada tempat dan masanya, janganlah bawa budaya kebencian, menggadai segalanya termasuk nilai baik kerana jawatan, rakus, angkuh hingga mengetepikan sentimen keluarga anggota keselamatan.

"Apakah ini budaya politik akan datang? Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku dan manusia seperti ini akan ditolak oleh rakyat yang mencintai keamanan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit di sini hari ini.


Allahyarham Baharin yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban akibat diserang hendap pengganas dari Sulu pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah.

Tambah Hishammuddin, beliau cukup tersentuh dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh keluarga arwah yang diyakini hasil berkat doa dan sokongan moral pelbagai pihak termasuk kerajaan dan masyarakat.

"Atas sebab itulah kita meneruskan Ops Daulat selagi pengganas tidak meletakkan senjata tanpa syarat. Itu jaminan yang kita beri kepada keluarga arwah (Baharin)," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130310/dn_33/Tian-Chua-tidak-berhati-perut---Hishammuddin#ixzz2N9hSIWwt
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. aku jumpa dengan cina sekok ne tobat aku ludah muka dia

    ReplyDelete