Samseng PKR hina warga emas hadir ceramah NGO di Guar Perahu




Semalam samseng PKR telah menggangu progran ceramah anjuran NGO di Guar Perahu yang menampilkan Naib Presiden PERKASA, YB Datuk Zulkifli Nordin dan Musyidul Am TIBAI Sdr Zahid Mat Arip .

 Kehadiran hadirin yang hadir adalah dianggarkan 600 orang. Seorang samseng PKR juga telah ditangkap pihak polis semasa insiden menceroboh ke dewan ceramah kerana bertindak agresif hingga menendang kereta Polis.

 Pada pukul 9 .30 malam , mereka yang seramai 60 orang memakai baju PKR dan PAS termasuk kanak-kanak telah berkumpul di tepi jalan hadapan dewan membuat riuh dan memaki hamun dengan kata-kata kesat.

 Kumpulan samseng ini turut melaungkan sorakan" reformasi , "Katak" , "Polis Anjing " , " Jangan masuk Permatang Pauh , " Jangan guna dewan sekolah " , sambil memijak kain rentang ceramah . . Kemudian mereka bertindak liar dan ganas dengan menceroboh masuk ke dalam dewan tempat ceramah dengan membaling Telur Busuk termasuk penceramah kepada Datuk Zulkifli Nordin.

Mereka juga tanpa ada sifat hormat telah menghina dan memaki hamun warga emas yang menghadiri acara tersebut.

Majlis tersebut tamat kira-kira jam 12.30mlm dan dikawal anggota Polis untuk mengelakkan kecelakaan kerana penyokong PKR telah berkumpul di luar dewan dan bertindak agresif. - UTARA NEWS-

No comments:

Post a Comment