Macam-macam janji ditabur dan dijangka lebih rancak menjelang PRU13.Kadangkala,fitnah disertakan dokumen, nampak macam real tetapi bila disemak semuanya auta atau sendiri bikin.
Contohnya,macam surat palsu yang digunakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika beliau cuba jadi hero dalam isu wang pampasan buruh paksa zaman Jepun dahulu.
Semua itu semata-mata nak fitnah kerajaan kononnya lesapkan duit pampasan seperti didakwa mantan Menteri Besar Perak itu tetapi akhirnya beliau yang malu sendiri apabila kedutaan Jepun menafikan ada membuat bayaran kepada kerajaan.
Banyak lagi fitnah-fitnah yang dihamburkan pemimpin pembangkang sama ada oleh PKR, DAP dan PAS.
Itu tidak kira janji-janji yang kerajaan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan gagal tunaikan kepada rakyat di negeri yang mereka tadbir.
Cuma lepas ini, mereka kena berhati-hati tabur fitnah dan janji kerana ada masanya ‘senjata boleh makan tuan’.
Ini kerana Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah kumpul macam-macam fitnah dan janji oleh pembangkang dan akan diedarkan kepada rakyat seluruh negara bagi megelak mereka terus termakan fitnah dan janji pembangkang menjelang PRU 13.
Usaha Pemuda BN ini dilaksanakan melalui kempen Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang atau GEMPAK yang dilancarkan Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Ibu Pejabat UMNO, petang Jumaat.
Tindakan ini kerana Pemuda BN menjangkakan banyak bahan-bahan kempen pembangkang pada PRU 13 lebih berunsur fitnah kerana mereka sudah habis idea.
“Pembangkang sudah ada track record dengan kempen-kempen berunsur fitnah. Kita jangka perbuatan ini akan berleluasa pada pilihanraya nanti. Sebab itu, GEMPAK perlu bagi ingatkan rakyat mengenai sikap buruk pembangkang,” kata Khairy.
“Pembangkang sudah ada track record dengan kempen-kempen berunsur fitnah. Kita jangka perbuatan ini akan berleluasa pada pilihanraya nanti. Sebab itu, GEMPAK perlu bagi ingatkan rakyat mengenai sikap buruk pembangkang,” kata Khairy.
Katanya, pembangkang hanya ada kempen negatif sebab mereka sudah habis modal kerana perkara dalam manifesto mereka sudah dijawab oleh kerajaan.
Menurut beliau, koleksi fitnah dan jumanji (janji mungkir janji) akan dicetak dalam bentuk risalah, cakera padat serta dimuat turun dalam laman buku dan twitter serta diedarkan oleh komponen Pemuda BN di
seluruh negara.
seluruh negara.
“Sudah sampai masanya kita gunakan fakta untuk jawab fitnah pembangkang sama ada yang sengaja mereka reka seperti Tian Chua melakukan gambar super impose babitkan Perdana Menteri dahulu,” katanya pada sidang media pelancaran GEMPAK selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN, petang tadi.
Menjawab soalan, Khairy menjelaskan, pihaknya mencari dan mengumpul seberapa banyak kenyataan fitnah dan janji-janji tidak tertunai yang pernah digunakan pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan dan
pemimpin BN.
pemimpin BN.
Beliau percaya, kempen GEMPAK dapat menyedarkan rakyat pembohongan dilakukan pembangkang dan berharap orang ramai tidak lagi mempercayai mereka.
Sementara itu menurut Khairy, tweet oleh pembangkang mengaitkan kematian penyiasat persendirian atau P.I Bala dengan UMNO adalah fitnah terbaru pembangkang.
“Itu dibuat tanpa usul periksa sedangkan Bala mati disebabkan sakit jantung,” katanya kepada Agendadaily.-16/3/2013-
No comments:
Post a Comment