Pemuda BN dakwa syarikat bina terowong dasar laut diterajui individu pecah amanah !!
GEORGETOWN, 15 Mac 2013 : Syarikat usahasama Malaysia-China , Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dianugerahkan tender membina projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa diterajui seorang bekas pesalah jenayah komersial.
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata pihaknya mendapati lelaki itu pernah mengaku bersalah dan dihukum selepas melakukan pecah amanah membabitkan pinjaman bernilai RM126 juta milik Rakyat Merchant Bankers Sdn Bhd (RMB) pada 1994.
Katanya, pihaknya hairan bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak berhati-hati dalam menjaga kepentingan rakyat.
"Ia menjadi tanda tanya kepada Pemuda BN negeri. Projek ini berbilion ringgit dan ia diterajui oleh seorang yang pernah didapati bersalah melakukan kesalahan jenayah komersial.
"Kami tidak mahu rakyat terpaksa menanggung beban akibat kegagalan projek itu, katanya pada sidang media di Pejabat BN negeri di sini, semalam. Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan menganugerahkan tender membina beberapa jalan utama dan sebuah terowong dasar laut di negeri berkenaan.
Sehubungan itu, Pemuda BN negeri mendedahkan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebenarnya syarikat modal berbayar RM2, diwujudkan selepas tender projek berkenaan ditutup.
Malah, peneraju syarikat tidak sama dengan pengarah dan pemilik saham syarikat terbabit selain penganugerahan tender didakwa dibuat secara tergesa-gesa. Khoon Leng berkata, walaupun peneraju syarikat RM2 itusudah dihukum dan mungkin sudah insaf kerajaan negeri sewajarnya berhati-hati kerana ia membabitkan wang rakyat. "Ia boleh menimbulkan syak wasangka.
Tambahan pula, banyak perkara berbangkit mengenai kelemahan projek ini seperti ia masih belum melaksanakan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) dan tidak melakukan pelbagai kajian teliti sebelum penganugerahan tender," katanya. Selain itu, Khon Leng pihaknya juga ingin mengetahui sama ada benar perbincangan akhir untuk memutuskan penganugerahan tender terbabit dibuat dalam satu mesyuarat sulit di luar negara?
"Projek berbilion ringgit ini sepatutnya ditentukan kerajaan negeri dan Exco kerajaan negeri tetapi kami mendapati ia ditentukan dan diputuskan dalam satu mesyuarat sulit di Taiwan pada tahun lalu," ujarnya.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaakob dalam sidang media berasingan berkata, terowong dasar laut antara bahagian pulau dan Seberang Perai di negeri itu yang dicanang Guan Eng boleh 'membunuh' pelabuhan Pulau Pinang.
Katanya lagi, laluan terowong dasar laut antara Persiaran Gurney di Georgetown dan Bagan Ajam di Butterworth merentasi Selat Utara hanya menjejaskan pelabuhan tertua di negara ini, seklai gus meletakkan ekonomi negeri dalam situasi bahaya. "Selat Utara yang memisahkan bahagian pulau dan tanah besar adalah laluan utama kapal kontena masuk ke pelabuhan Pulau Pinang dan tidak seharusnya diganggu dengan projek sebegini.
"Bayangkan jika ada terowong bawah laut di situ dan kemudia perairan selat itu perlu didalamkan bagi membolehkan kapal lebih besar masuk.
Susah hendak digali sebab dasar lautdi selat itu ada terowong. "Ekonomi Pulau Pinang banyak bergantung kepada pelabhunannya dan sebarang pembinaan infrastruktur di Selat Utara hanya akan menghadkan potensi pelabuhan untuk berkembang," katanya.
No comments:
Post a Comment