PULAU PINANG 21 Mac - Ekonomi negeri ini terus merudum selepas mencatatkan jumlah pelaburan bernilai RM2.47 bilion tahun lalu berbanding RM9.11 bilion pada 2011 dan RM12.24 bilion (2010).
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye berkata, keadaan ini amat membimbangkan kerana ia dilihat tidak menjanjikan masa depan cerah kepada rakyat.
Menurut beliau, keadaan itu juga berbeza berbanding semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mana pelbagai program dilaksanakan bagi melonjakkan aktiviti-aktiviti bernilai rendah kepada bernilai tinggi.
No comments:
Post a Comment