Kampung Melayu di Balik Pulau akan lenyap ?



BALIK PULAU 12 Mac - Trend warga asing membeli atau mendiami taman perumahan baharu yang dibina pemaju di kawasan perkampungan Melayu dibimbangi akan menyebabkan kawasan tersebut lenyap secara perlahan-lahan. 

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, keadaan itu berlaku berikutan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang membenarkan pemaju membina rumah-rumah mewah di celah-celah perkampungan Melayu.

 Menurutnya, meskipun jumlah warga asing terbabit tidak diketahui namun perkara itu jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan orang Melayu terutama generasi muda berhijrah kerana tidak mampu membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi.

 "Memang orang kampung tidak mampu membelinya termasuk pasangan muda yang baru berkahwin dan akhirnya mereka terpaksa berpindah. 

No comments:

Post a Comment