BALIK PULAU - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.
Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu.
Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa.
Bagaimanapun, perhimpunan tersebut bertukar kecoh apabila salah seorang daripada anggota mereka didakwa diserang dari belakang oleh ahli parti pembangkang di hadapan kompleks MPPP, Teluk Bahang.UTARA NEWS
No comments:
Post a Comment