Konvensyen Media Sosial 1Malaysia P.Pinang eratkan hubungan pengamal media sosial
BUKIT MERTAJAM - Pengamal media sosial perlu menjauhkan fitnah kerana perbuatan itu tidak membantu untuk mendidik masyarakat . Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman berkata penyebaran berita yang tidak benar dan tidak sahih itu tidak wajar dikongsi dengan masyarakat di media sosial .
Beliau berkata mereka seharusnya menggunakan media sosial untuk memberikan maklumat yang dapat membezakan nyata dan palsu serta bertanggungjawab .
” Kita sepatutnya menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter untuk mendapatkan maklumat terkini sebagai sumber dalam menyebarkan maklumat ” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia P.Pinang di Seberang Jaya .
Zainal Abidin berkata pihaknya mengadakan konvensyen ini dalam usaha memberikan maklumat disamping mengeratkan hubungan dengan pengamal media sosial .
No comments:
Post a Comment