Hudud : PAS sewajarnya laksanakan dulu di Kelantan
GEORGETOWN - Sebagai seorang yang beragama Islam, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Sungguhpun begitu, beliau berkata, ia belum lagi sesuai dilaksanakan di negara ini.
Bagaimanapun, Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam harus melaksanakan hudud di Kelantan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di Johor.
"Di Kelantan majoriti penduduknya adalah kaum Melayu dan beragama Islam. maka lebih memudahkan Pas untuk melaksanakan hudud," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bagan diminta mengulas cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat agar pelaksanaan hukum hudud dimulakan di Johor. Shaik Hussein berkata, jika Pas boleh melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Pemuda Umno Pulau Pinang khususnya akan bersama parti itu melaksanakannya di Malaysia.
Untuk itu, Pas harus memastikan hudud yang dilaksanakan itu adalah hukum Islam dan bukan hukum Pas.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, beliau bersetuju dengan cadangan pelaksanaan hukum hudud. Ini kerana agama Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi.
"Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus bersetuju dengan hudud kerana ia adalah hukum ALLAH. Tiada siapa yang berani melawan hukum ALLAH,” katanya.
Setuju sngat2 pendapat YB Muhamad Farid. Bukan sekadar hukum hudud bahkan semua hukum2 islam yg lain perlu dilaksanakan. sbagai seorang yang mengaku islam, kia sepatutnya yakin dan menerima Islam 100%.
ReplyDeleteOi mamak! Awat hang bodo sangat? Hudud ini hukum yang wajib bagi semua Umat Islam. Dulu masa rakyat Kelantan nak laksana Hudud di Kelantan, pak menakan hang (mamak original), bekas Perdana Menteri tu tak bagi buat ... laa ni baru hang nak kecoh. Aku setuju kita laksana Hudud, tapi yakin bukan UMNO haram jadah yang akan laksanakan. Selagai perlembagaan parti UMNO haram jadah tak berlandaskan Islam, selagi itu aku tak percaya Islam yang dibawa oleh UMNO haram jadah. Tukar perlembagaan! Ada berani? Mamak memang sukan cari publisiti ... nak lakukan nasi kandaq!!!!
ReplyDelete