Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan negeri DAP harus bertanggungjawab terhadap projek2 dilereng bukit di Pulau Pinang adalah amat tepat sekali.
Ini adalah kerana mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 seksyen 24, subseksyen 5 menyatakan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa2 syarat yang difikirkan patut olehnya atau mengubah syarat2 yang dikenakan pada asalnya apabila sebarang tempoh lanjutan tambahan diberikan kepada pelan kebenaran merancang asal.
Tindakan LGE yang menyalahkan kerajaan negeri BN terhadap pembinaan dilereng bukit adalah tindakan pengecut yang tidak berani mengambil tanggungjawab atas kesalahan dia malah dengan mudah menyalahkan kerajaan BN. YDP MPPP juga telah mengatakan bahawa MPPP boleh memperbaharui Pelan Kebenaran Merancang setelah tamat tempoh 12 bulan atau setahun selama 5 kali iaitu selama 5 tahun, yakni pelan kebenaran merancang yang diluluskan pada tahun 2007 masih mampu ditambah syarat oleh MPPP setelah kerajaan DAP mengambil alih sejak Mac 2008.
Adalah didapati walaupun pelan kebenaran merancang diluluskan oleh kerajaan BN, namun tiada pembinaan dimulakan drastik sebelum mac 2008, malah kesan drastik pembinaan dilereng bukit mula dibina sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini setelah pelan bangunan diluluskan. Setelah isu ini ditimbulkan, LGE terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan kepakaran geoteknikal Dr.Gue yang berkelulusan daripada OXFORD untuk memberikan penilaian teknikal terhadap pembinaan lereng bukit. Jika benar mereka menggunakan kepakaran Dr.Gue, maka sudah pasti syarat baru pelan kebenaran merancang telah dikenakan sepertimana , oleh itu semua kerosakkan yang timbul adalah hasil daripada kelulusan pelan bangunan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri DAP.
Pemuda UMNO berharap LGE memberhentikan sandiwaranya terhadap pembangunan2 di lereng bukit yang tidak terkawal dan telah merosakkan keindahan sebenar Pulau Pinang. Sikap LGE yang sering menuduh BN untuk mengelakkan tanggungjawabnya sudah dapat dinilai oleh rakyat pp yang semakin sedar sifat kerajaan negeri DAP yang hanya ingin mengaut keuntungan segera dengan apa cara sekalipun.
Ir.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP
No comments:
Post a Comment