– Tindakan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengisytiharkan keluar dari parti itu ternyata memberikan satu tamparan hebat kepimpinan parti tersebut.
Apatah lagi hari ini, Tunku Abdul Aziz di dalam akhbar The Star telah mendedahkan sebab sebenar mengapa beliau mengambil keputusan itu, iaitu kerana cubaan merasuahnya dengan jawatan dan wang ringgit agar menarik balik keputusannya untuk meninggalkan parti yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Selama ini, umum menyangka bahawa tindakannya meninggalkan parti tersebut adalah ekoran jawatan senator yang disandangnya itu tidak akan disambung, ekoran kenyataan beliau yang tidak bersetuju dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dilihat bercanggah dengan pendirian DAP.
Mengulas isu tersebut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pendedahan Tunku Abdul Aziz itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak Pembangkang, terutamanya DAP yang konon-kononnya mementingkan intregriti dan anti rasuah itu, hanya pandai menuduh UMNO sebagai parti rasuah, sedangkan mereka sendiri mengamalkannya.
“Tambahan pula, tawaran berbentuk rasuah itu datang dari pemimpin tertinggi parti itu sendiri iaitu Lim Guan Eng. Ini menunjukkan DAP dan parti pembangkang lain bercakap tak serupa bikin. Selama ini mereka sibuk menuduh orang lain rasuah, sedang mereka sendiri mengamalkan rasuah,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Namun, ini amat berlainan sekali dengan pendekatan yang diambil oleh kepimpinan UMNO dalam menangani isu rasuah. Kata beliau, UMNO tidak pernah melindungi mana-mana pemimpin mereka yang terlibat dalam isu rasuah dan ini terbukti, apabila beberapa pemimpin tertinggi UMNO pernah didakwa di atas penyelewengan kuasa dan rasuah.
“Justeru itu saya minta agar Tunku Abdul Aziz membuat laporan polis di atas salah laku Setiausaha Agung DAP itu yang cuba menyogoknya dengan jawatan dan duit supaya tidak keluar dari parti. Ini merupakan rasuah politik serta satu penghinaan buat dirinya sendiri dan ia sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
“Sekiranya amalan rasuah seperti ini berleluasa di dalam DAP, apatah lagi apabila ia melibatkan pemimpin tertinggi parti tersebut, ini jelas memperlihatkan DAP tidaklah sebersih mana seperti dakwaan mereka selama ini dan seringkali menuduh orang lain kotor dan mengamalkan rasuah belaka,” bidasnya lagi.
Menurutnya, perbuatan Lim Guan Eng yang cuba memberi rasuah politik berbentuk imbuhan wang ringgit dan jawatan kepada Tunku Abdul Aziz itu merupakan satu perbuatan kotor , jijik dan hina serta semakin menyerlahkan wajah sebenar DAP seperti mana bak kata pepatah Melayu, kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi. -MediaUMNO
Dia ingat dia boleh beli semua Melayu dengan duit dan kedudukan....Kalau tak jalan juga boleh bagi perempuan. Hantar China Doll kah? Maaflah Tunku tu bukan sebarang orang. Dia ada harga diri. Bukan macam segelintir Melayu tu....Benci UMNO atau sebab tak dapat habuan join DAP.Ada pulak tu dulu orang UMNO tapi kerana tak dapat jadi calon parti join DAP....Kalau Melayu yang dok ada dalam DAP masih tak faham atau rasa DAP sayang sangat kat mereka cubalah bantah arahan tengok. Tak dan se minit dah kena tendang keluar DAP...
ReplyDelete