Badan Perhubungan UMNO negeri meminta polis menyiasat laporan berhubung wujud gerakan untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan umat Islam yang cintakan keamanan, ketenteraman, kebebasan beragama dan muafakat antara semua kaum, UMNO berharap perkara itu tidak benar.
Katanya, polis diharap menyegerakan siasatan terhadap laman blog itu bagi mencari kebenaran berita yang dilaporkan kerana ia mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi.
No comments:
Post a Comment