Bukit Mertajam , 21 Mei – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim hari ini membidas parti DAP yang menuduh UMNO parti mengamalkan perkauman . Katanya DAP tidak mengaku bahawa parti mereka perkauman tetapi jika dilihat perjuangan mereka banyak menjaga hak dan kepentingan kaum Cina . Sebaliknya , parti DAP ini bijak dengan menuduh UMNO sebagai parti perkauman .
“ Tetapi dia bijak dengan menyerang UMNO sebagai parti perkauman supaya orang lupa parti DAP lah parti yang betul-betul mempejuangkan hak kaum Cina ,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan pergerakan Pemuda UMNO Bkt Mertajam di sini hari ini.
Datuk Musa menyelar sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
dulu begitu kuat pertahan hak orang Melayu , tapi kini menjadi
kuda tungangan kepada DAP dan Guan Eng
Pemuda UMNO Bkt Mertajam mempersoalkan mengapa
terlampau banyak lesen rumah urut diberikan oleh PBT
kerajaan DAP
No comments:
Post a Comment