Adakah Guan Eng boleh beri subsidi untuk turunkan harga barang ?
KUALA LUMPUR 24 Mei – Empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan mereka yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.
Jika itu tidak mampu dilakukan, katanya, pembangkang sewajarnya tidak memanipulasi isu tersebut kerana ia seakan-akan membohongi rakyat kononnya mereka mampu menurunkan harga barang-barang tersebut.
“Ketika ini, modal paling hangat bagi pembangkang adalah kenaikan harga barang di mana BN diertikan sebagai ‘Barang Naik’.
“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama setiausaha akhbar serta pegawai perhubungan awam 35 kementerian, di sini hari ini.
Ahmad Maslan menambah, keprihatinan kerajaan mengawal harga barang terbukti menerusi beberapa mekanisme kawalan harga yang tidak terdapat di negara lain.
“Hanya kerajaan Malaysia yang ada barang kawalan berjadual, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan serta pemberian subsidi yang berjumlah lebih RM10 bilion.
“Itu pun pembangkang mahu minta turun lagi. Kalau mampu, mereka tambahlah subsidi Kerajaan Persekutuan di negeri masing-masing untuk jual kepada rakyat dengan harga murah. Kalau tidak, tak payah gunakan isu itu sebagai modal ceramah politik mereka,” katanya.
semua parti pembangkang tahu bangkang nak majukan malaysia atau beri idea pun tak ada..cuma tanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan bn..tulah yang pembankang tahu buat....yang ketua nuar aljuburi asyik dengan vedio lucahnya...guan eng dengan nak musnahkan kedai n rumah melayu di pulau pinang..hasut kaum cina undi dap....saya rasa 13 mei mungkin akan berlaku sekiranya trend sekarang berlaku..renung-renungkan
ReplyDeleteDUNIA SEDANG MEMERHATI KITA. KEYAKINAN MEREKA AKAN HILANG BILA UMNO DI LIHAT BEGITU RACIS. MENGAJAK PAS BERSATU UNTUK PERPADUAN. UMNO SENGAJA MENIMBULKAN ISU2 PERKAUMAN AGAR MELAYU MEMBENCI KAUM LAIN TERUTAMANYA CINA. PELABUR ASING HILANG KEYAKINAN UTK MELABUR DI MALAYSIA.
ReplyDeletePILIHAN TERBAIK KPD RAKYAT MALAYSIA ADALAH MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN PARA PELABUR DARI LUAR.
MELAYU PERLU MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA PAKATAN RAKYAT BAGI MEMBENTUK MALAYSIA BARU GANDINGAN MANTAP PELBAGAI KAUM.
MEMPERBETULKAN SISTEM KEHAKIMAN YG ROSAK, POLIS YG SEMAKIN DIRAGUI, SPRM YG DICURIGAI DAN SPR YG DITUNGGANGI.
INSYAALLAH, MALAYSIA AKAN KEMBALI BANGKIT UTK TERUS MENUJU KE ARAH NEGARA MAJU.