3 tahun rakyat Pulau Pinang ditipu Guan Eng dan DAP



KUALA LUMPUR, 25 Mei- Cukuplah tiga tahun sahaja pemerintahan DAP di Pulau Pinang, segala tindakan dan dasar-dasar yang mereka laksanakan membuktikan bahawa mereka sedang berusaha ‘mengusir’ orang Melayu dari Pulau Pinang khususnya dari bahagian ‘pulau’ itu.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata, kejadian dua lagi peniaga Melayu yang diarahkan mengosongkan premis perniagaan mereka di Batu Ferenggi semalam seakan-akan membuktikan lagi kebenaran DAP memang tidak perlukan Melayu dan tidak akan membiarkan orang Melayu khususnya untuk mencari rezeki di Pulau Pinang.

“Cukup tiga tahun rakyat di Pulau Pinang ditindas dan ditipu.

“Cukuplah selama ini, ramai yang terpedaya dengan pelbagai janji yang ditaburkan dan selepas tiga tahun berlalu, inilah realiti yang harus diterima orah rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu bahawa kita ditindas dan dikhianati di sini”, katanya kepada UMNO-Online.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar kerajaan negeri DAP untuk berterus terang dengan segera memberi penjelasan apakah mereka sebenarnya mengamalkan konsep ‘Hitlerisme’ yang mengutamakan kaum-kaum tertentu.

“Walaupun sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang selalu melaung-laungkan kononnya mengamalkan pentadbiran bersih, cekap dan telus namun hakikatnya laungan itu sekadar retorik kosong semata-mata,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Justeru ujarnya orang Melayu harus kembali bersatu dan sedar bahawa mereka sedang dianak-tirikan bukan sahaja dari segi penafian hak untuk mencari rezeki yang halal di Pulau Pinang, malah dinafikan hak untuk memiliki hartanah atau kediaman yang mampu dimiliki.

“Ini kerana kerajaan negeri lebih menumpukan mendirikan rumah-rumah mewah yang hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu”, katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment